Mesyuarat ASEAN + 3 ASEAN Campur Tiga

Kemuncak ASEAN+3 (ASEAN + 3 Summit)

  • Mesyuarat Pertama dibuat di Kuala Lumpur (Disember 1997). Dalam mesyuarat ini, ASEAN + 3 dibentuk.
  • Mesyuarat Kedua di Hanoi (1998).
  • Mesyuarat Kewangan Ke-3 di Manila (November 1999). Negara negara ASia Timur mengeluarkan Kenyataan Bersama Kerjasama Asia Timur.
  • Mesyuarat Ke-4 di Singapura (November 2000). China, Korea Selatan dan Jepun bersedia untuk berbincang lebih kerap dan berkerjasama dengan ASEAN dibawah kerangka ASEAN + 3.

Mesyuarat Menteri

Sejak 1999, banyak mesyuarat susulan yang dilakukan untuk membincangkan hal hal ekonomi, kewangan, perdagangan, agrikultur, pelancongan, perhutanan. Beberapa forum menteri ASEAN+3 telah terbentuk.

  • Ketika Forum Tenaga Antarabangsa yang diadakan di Osaka, Jepun mengadakan mesyuarat makan tengah hari antara Menteri Tenaga ASEAN+3 pada 22 September 2002.
  • Menteri Alam Sekitar ASEAN+3 mengadakan mesyuarat di Vientiane pada November 2002.
  • Menteri dalam Negeri ASEAN+3 membincangkan jenayah transnasional di Thailand pada Oktober 2003.